Saturday 31 December 2011

Bentuk Solat Selepas Peristiwa Israk dan Mikraj -part3-

sambungan dari part2,,



        Berhubung dengan kedudukan kiblat juga menjadi perselisihan di kalangan ulama.
Dalam hal ini terdapat dua pandangan yang dibentangkan , iaitu :-






::Kaabah::
...Kiblat umat Islam sekarang...



:: Baitul Maqdis ::
...merupakan kiblat pertama...

PERTAMA : selepas peristiwa Israk dan Mikraj, Baginda mendirikan solat dengan menghadap ke Baitul Maqdis sehinggalah Baginda berhijrah ke Madinah. Selepas tujuh belas bulan berada di Madinah, Baginda diperintahkan supaya menghadap ke Kaabah. Pendapat ini telah dikemukakan oleh Abdullah bin Abbas..

KEDUA : selepas solat difardukan dalam peristiwa Israk dan Mikraj, Rasullah Shallahu 'Alaihi Wasallam mendirikan solat dengan menghadap ke arah Kaabah sebagaimana solat yang didirikan oleh Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail, kemudian selepas Baginda berhijrah ke Madinah, Beginda mengerjakan solat dengan menghadap ke arah Baitul Maqdis, selama enam belas atau tujuh belas bulan, selepas itu barulah Rasullah diperintahkan supaya menghadap ke arah Kaabah..

             Menurut Ibnu Hajar al-'Asqalani, pendapat pertama adalah lebih sahih, kerana pendapat itu berpandukan kepada penerangan daripada al-Bukhari mengenai hadis Jibril yang mengimamkan solat di sisi al-Bait,iaitu Baitul Maqdis. Namun begitu , Abu Umar bin Abdul al-Barr dan sesetengah yang lain berpendapat bahawa pandangan yang kedua lebih sahih. Pendapat ini, disandarkan kepada tindakan Rasullah  ketika berhijrah ke Madinah. Baginda berusaha memujuk orang-orang Yahudi, lalu Baginda mendirikan solat dengan menghadap ke Baitul Maqdis yang ketika itu merupakan kiblat mereka. Dengan cara itu diharap dapat melembutkan hati mereka untuk mengikut ajaran Baginda.

   Ringkasnya, fakta-fakta ini amat meyakinkan bahawa peristiwa Israk dan Mikraj. 
Baginda solat dengan menghadap ke arah Kaabah. Kemudian selepas berhijrah, Baginda  mendirikan solat  dengan berkiblatkan Baitul Maqdis bermotifkan memujuk orang-orang Yahudi supaya menganut ajaran Islam. 
Hal ini berterusan selama enam belas atau tujuh belas bulan selepas penghijrahan Baginda ke Madinah. Selepas itu barulah Baginda mendirikan solat dengan menghadap ke arah Kaabah ( Baitullah )..

                     

                                                                              tamat... Sekian , terima kasih....



No comments:

Post a Comment