Saturday 31 December 2011

Bentuk Solat Selepas Peristiwa Israk dan Mikraj -part2-

Sambungan dari part 1,,,


   Dalam masalah ini,bilangan rakaat solat lima waktu difardukan semasa perstiwa Israk dan Mikraj,
menjadi perselisihan di kalangan fuqaha dan pihak pengkaji dan penyalidik.
Misalnya, asy-Sya'bi, Hassan al-Basri, Maimun bin Muhran dan Muhammad bin Ishaq 
berpendapat bahawa bilangan rakaat solat lima waktu semasa difardukan di malam 
peristiwa Israk dan Mikraj ialah dua rakaat. 
Kemudian slps dua tahun Baginda berhijrah ke Madinah , barulah ditambah empat rakaat 
bagi solat Zohor, Asar dan Insyak dalam solat bermukim atau ( hadr),
dan dikekalkan dua rakaat bagi solat subuh dan solat ketika dalam bermusafir.
Manakala solat Maghrib ditambah satu rakaat menjadi tiga rakaat..


Namun demikian, Abdullah bin Abbas, Nafi' bin Jubair dan menurut riwayat lain
 dari Hassan al-Basri berpendapat bahawa bilangan rakaat bagi solat musafir 
telah difardukan semasa peristiwa Israk dan Mikraj.
Walau bagaimanapun pendapat yang mengatakan bilangan rakaat solat yang difardukan 
ketika peristiwa Israk dan Mikraj ialah dua rakaat bagi semua waktu
kemuadian selepas setahun Baginda berhijrah ke Madinah 
ditambah kepada empat rakaat bagi
solat Zohor, Asar, dan Isyak dan dikekalkan dua rakaat bagi solat Subuh dan 
solat musafir yang empat rakaat adalah lebih kuat,..
Pendapat ini disokong oleh hadis riwayat Aisyah yang bermaksud :-

" Solat difardukan ,sama ada ketika bermukim dan semasa dalam musafir
sebanyak dua rakaat, dua rakaat, kemudian selepas Baginda  berhijrah
ke Madinah dan menetap di sana, ditambah pada solat hard sebanyak
dua rakaat kerana bacaan di dalam solat fajar ini panjang , begitu juga dengan 
solat Maghrib kerana ia solat witir di siang hari"..

                                                       Tamat part 2.........


No comments:

Post a Comment