Friday 30 December 2011

Bentuk Solat Selepas Peristiwa Israk dan Mikraj -part1-

Maksud atau Makna Bacaan Dalam Solat







-Sebelum membincangkan bentuk solat slps peristiwa Israk dan Mikraj, sebaiknya dikemukakan di sini persoalan masa atau tarikh berlaku peristiwa Israj dan Mikraj. Antaranya, riwayat yang mengatakan bahawa peristiwa tersebut berlaku lia belas bulan selps kerasulan Nabi Shallallahu 'Alahi Wassalam. Terdpt juga riwayat yang menceritakan peristiwa itu berlaku pada tarikh 27 Rabiul Akhir, setahun sblm Rasullah berhijrah ke Madhinah. Az-Zuhri mengatakan bahawa peristiwa itu berlaku slps lima tahun kerasulan Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wassalam.

      Manakala Muhammad Bin Ishaq berpendapat bahawa ia berlaku selepas Islam tersebar di Kota Mekah dan dikalangan kabilah-kabilah Arab. Riwayat yang lain pula menceritakan peristiwa itu berlaku tiga tahun sebelum hijrah. Walau begaimanapun, mengikut Abu Umar bin Abdul Barr, peristiwa Israk berlaku beberapa tahun sblm hijrah. Ini diperkuatkan pada riwayat Ibnu Ishaq, bahawa Khadijah Radhiyallahu 'Anha mengerjakan solat bersama Rasullah selepas peristiwa Israk. Kemudian para ulama bersepakat bahawa tarikh kematian Khadijah tiga atau lima tahun sblm hijrah..


Tidak terdapat percanggahan di kalangan para pengkaji bahawa pada malam Israk dan Mikraj inilah Allah Subhanahu wa Taala mewajibkan (menfardukan)solat lima waktu kepada Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam dan umatnya. Kemudian pada keesokkannya harinya, ketika matahari gelincir, Allah mengutuskan
Malaikat Jibril supaya mengajarkan cara melakukan solat dan waktunya kpd Baginda. 
Ini berdasarkan kpd hadis2 Abdullah bin Abbas meriwayatkan bahawa Rasullah bersabda yang bermaksud :-

"Jibril 'Alaihissalam mengimamkan aku di sisi Kaabah sebanyak dua kali. 
Malaikat Jibril mendirikan solat Zohor bersamaku ketika matahari sedang gelincir, sekadar satu syirak. Kemudian Malaikat Jibril mendirikan solat Asar bersamaku ketika bayang sesuatu objek 
sama panjang dengan objek itu. Kemudian Jibril, mendirikan solat Maghrib  bersamaku 
ketika orang yang berpuasa berbuka puasa, kemudian Jibril mendirikan
solat Insyak ketika tenggelamnya syafaq (kemerahan di kaki langit), kemudian 
Jibril mendirikan solat Subuh bersamaku ketika orang yang akan berpuasa diharamkan 
makan dan minum. Pada keesokkan harinya pula Jibril mendirikan solat Zohor bersamaku ketika 
objek itu sama panjang nya dua kali ganda abjek asal. Kemudian Jibril mendirikan 
solat Maghrib bersamaku sewaktu orang yang berpuasa berbuka puasa. 
Kemudian Jibril mendirikan solat Isyak bersamaku ketika satu pertiga malam dan 
Jibril mendirikan solat Fajar bersamaku ketika matahari telah shafa (cerah),
kemudian Jibril berpaling kepadaku sambil berkata : 

'Wahai Muhammad ! Inilah waktu solat para nabi sebelummu dan waktu solat 
ialah di antara kedua-dua waktu ini'''.

             Berdasarkan pada hadis di atas, dapatlah disimpulkan bahawa waktu solat lima waktu, bentuk dan caranya yang diamalkan oleh Rasullah dan para sahabat sejak ibadat solat difardukan, bermula dari malam peristiwa Israk dan Mikraj derta diamalkan pula oleh umatnya adalah ditunjukkan oleh Allah melalui malaikat Jibril Alaihissalm. Dengan ini, bererti perbuatan solat yang terdiri daripada qiyam, rukuk, sujud, tahiyyat awal dan akhir, salam dan bacaan ayat-ayat al-Quran di dalamnya bukanlah rekaan Nabi Muhammad S.A.W. Sehubungan itu, Allah Subhanahu wa Taala telah berfirman dalam surah al-Najm yang  bermaksud :-

"Dan tiadalah yang diucapkannya itu (al-Quran) menurut kemahuan hawa nafsunya.
Ucapannya tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kpdnya"..


                                Tamat Part 1......


No comments:

Post a Comment