Saturday 31 December 2011

~:: My Bel0VeD faMilY ::~




:: picture 2011::


:: picture 2010::      
                                    
 inilah keluarga besar aq...
terdiri drpd spsg mak dan ayh yang 
ktoRANG panggil walid (ayah) dan walidah ( ibu)



inilah my walid (duduk kanan)
nme walid ialah Ishak@Abdullah B.Hamat
bekerja sbg guru d sk syp1

ini pula walidah (duduk kiri)
nme walidah Roziah@Rozana Bt.Othman
seorang suri rumah sepenuh mase.


kakak sulung aq panggil Along (belakang kedua kiri)
sekarang umur dia 20 thn..
(20 Januari 1991)
nme penuh dia Fatin Nur Fatimah
along blajar kat  Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan 



nie kakak kedua aq @ Angah
Umur dia 18 thn
(22 Jun 1993)
nme penuh dia Fatin Nur Khodijah
skarang nie angah belajar kat SMKA WATANIAH




nie kak cik aq
umur 16 thn
(21 Jun 1995)
Fatin Nur Amalina
achik blajar kat Maahad Tahfiz Sains T.Merah



nie kak teh ,, she is my special sister
umur 14 thn
(30 Ogos 1997)
her nme Raudhatul Nur Mutmainnah
skarang nie blajar kat SMK SYP2




This Is me
my family call me Atam
umur 13 thn
(19 September 1998)
my nme  Nawal Nor'Ain Balqis
skarang study kat Maahad Rahmaniah


Nie adek bongsu aq
pggilan manja dlm family "adeq'
nme :: Mumtaz Muthi'ah Aminah::
umur 3 tahun
(20 Mac 2009)
blom skolah lag,,hiee3





Bentuk Solat Selepas Peristiwa Israk dan Mikraj -part3-

sambungan dari part2,,



        Berhubung dengan kedudukan kiblat juga menjadi perselisihan di kalangan ulama.
Dalam hal ini terdapat dua pandangan yang dibentangkan , iaitu :-






::Kaabah::
...Kiblat umat Islam sekarang...



:: Baitul Maqdis ::
...merupakan kiblat pertama...

PERTAMA : selepas peristiwa Israk dan Mikraj, Baginda mendirikan solat dengan menghadap ke Baitul Maqdis sehinggalah Baginda berhijrah ke Madinah. Selepas tujuh belas bulan berada di Madinah, Baginda diperintahkan supaya menghadap ke Kaabah. Pendapat ini telah dikemukakan oleh Abdullah bin Abbas..

KEDUA : selepas solat difardukan dalam peristiwa Israk dan Mikraj, Rasullah Shallahu 'Alaihi Wasallam mendirikan solat dengan menghadap ke arah Kaabah sebagaimana solat yang didirikan oleh Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail, kemudian selepas Baginda berhijrah ke Madinah, Beginda mengerjakan solat dengan menghadap ke arah Baitul Maqdis, selama enam belas atau tujuh belas bulan, selepas itu barulah Rasullah diperintahkan supaya menghadap ke arah Kaabah..

             Menurut Ibnu Hajar al-'Asqalani, pendapat pertama adalah lebih sahih, kerana pendapat itu berpandukan kepada penerangan daripada al-Bukhari mengenai hadis Jibril yang mengimamkan solat di sisi al-Bait,iaitu Baitul Maqdis. Namun begitu , Abu Umar bin Abdul al-Barr dan sesetengah yang lain berpendapat bahawa pandangan yang kedua lebih sahih. Pendapat ini, disandarkan kepada tindakan Rasullah  ketika berhijrah ke Madinah. Baginda berusaha memujuk orang-orang Yahudi, lalu Baginda mendirikan solat dengan menghadap ke Baitul Maqdis yang ketika itu merupakan kiblat mereka. Dengan cara itu diharap dapat melembutkan hati mereka untuk mengikut ajaran Baginda.

   Ringkasnya, fakta-fakta ini amat meyakinkan bahawa peristiwa Israk dan Mikraj. 
Baginda solat dengan menghadap ke arah Kaabah. Kemudian selepas berhijrah, Baginda  mendirikan solat  dengan berkiblatkan Baitul Maqdis bermotifkan memujuk orang-orang Yahudi supaya menganut ajaran Islam. 
Hal ini berterusan selama enam belas atau tujuh belas bulan selepas penghijrahan Baginda ke Madinah. Selepas itu barulah Baginda mendirikan solat dengan menghadap ke arah Kaabah ( Baitullah )..

                     

                                                                              tamat... Sekian , terima kasih....



Bentuk Solat Selepas Peristiwa Israk dan Mikraj -part2-

Sambungan dari part 1,,,


   Dalam masalah ini,bilangan rakaat solat lima waktu difardukan semasa perstiwa Israk dan Mikraj,
menjadi perselisihan di kalangan fuqaha dan pihak pengkaji dan penyalidik.
Misalnya, asy-Sya'bi, Hassan al-Basri, Maimun bin Muhran dan Muhammad bin Ishaq 
berpendapat bahawa bilangan rakaat solat lima waktu semasa difardukan di malam 
peristiwa Israk dan Mikraj ialah dua rakaat. 
Kemudian slps dua tahun Baginda berhijrah ke Madinah , barulah ditambah empat rakaat 
bagi solat Zohor, Asar dan Insyak dalam solat bermukim atau ( hadr),
dan dikekalkan dua rakaat bagi solat subuh dan solat ketika dalam bermusafir.
Manakala solat Maghrib ditambah satu rakaat menjadi tiga rakaat..


Namun demikian, Abdullah bin Abbas, Nafi' bin Jubair dan menurut riwayat lain
 dari Hassan al-Basri berpendapat bahawa bilangan rakaat bagi solat musafir 
telah difardukan semasa peristiwa Israk dan Mikraj.
Walau bagaimanapun pendapat yang mengatakan bilangan rakaat solat yang difardukan 
ketika peristiwa Israk dan Mikraj ialah dua rakaat bagi semua waktu
kemuadian selepas setahun Baginda berhijrah ke Madinah 
ditambah kepada empat rakaat bagi
solat Zohor, Asar, dan Isyak dan dikekalkan dua rakaat bagi solat Subuh dan 
solat musafir yang empat rakaat adalah lebih kuat,..
Pendapat ini disokong oleh hadis riwayat Aisyah yang bermaksud :-

" Solat difardukan ,sama ada ketika bermukim dan semasa dalam musafir
sebanyak dua rakaat, dua rakaat, kemudian selepas Baginda  berhijrah
ke Madinah dan menetap di sana, ditambah pada solat hard sebanyak
dua rakaat kerana bacaan di dalam solat fajar ini panjang , begitu juga dengan 
solat Maghrib kerana ia solat witir di siang hari"..

                                                       Tamat part 2.........


Friday 30 December 2011

Bentuk Solat Selepas Peristiwa Israk dan Mikraj -part1-

Maksud atau Makna Bacaan Dalam Solat







-Sebelum membincangkan bentuk solat slps peristiwa Israk dan Mikraj, sebaiknya dikemukakan di sini persoalan masa atau tarikh berlaku peristiwa Israj dan Mikraj. Antaranya, riwayat yang mengatakan bahawa peristiwa tersebut berlaku lia belas bulan selps kerasulan Nabi Shallallahu 'Alahi Wassalam. Terdpt juga riwayat yang menceritakan peristiwa itu berlaku pada tarikh 27 Rabiul Akhir, setahun sblm Rasullah berhijrah ke Madhinah. Az-Zuhri mengatakan bahawa peristiwa itu berlaku slps lima tahun kerasulan Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wassalam.

      Manakala Muhammad Bin Ishaq berpendapat bahawa ia berlaku selepas Islam tersebar di Kota Mekah dan dikalangan kabilah-kabilah Arab. Riwayat yang lain pula menceritakan peristiwa itu berlaku tiga tahun sebelum hijrah. Walau begaimanapun, mengikut Abu Umar bin Abdul Barr, peristiwa Israk berlaku beberapa tahun sblm hijrah. Ini diperkuatkan pada riwayat Ibnu Ishaq, bahawa Khadijah Radhiyallahu 'Anha mengerjakan solat bersama Rasullah selepas peristiwa Israk. Kemudian para ulama bersepakat bahawa tarikh kematian Khadijah tiga atau lima tahun sblm hijrah..


Tidak terdapat percanggahan di kalangan para pengkaji bahawa pada malam Israk dan Mikraj inilah Allah Subhanahu wa Taala mewajibkan (menfardukan)solat lima waktu kepada Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam dan umatnya. Kemudian pada keesokkannya harinya, ketika matahari gelincir, Allah mengutuskan
Malaikat Jibril supaya mengajarkan cara melakukan solat dan waktunya kpd Baginda. 
Ini berdasarkan kpd hadis2 Abdullah bin Abbas meriwayatkan bahawa Rasullah bersabda yang bermaksud :-

"Jibril 'Alaihissalam mengimamkan aku di sisi Kaabah sebanyak dua kali. 
Malaikat Jibril mendirikan solat Zohor bersamaku ketika matahari sedang gelincir, sekadar satu syirak. Kemudian Malaikat Jibril mendirikan solat Asar bersamaku ketika bayang sesuatu objek 
sama panjang dengan objek itu. Kemudian Jibril, mendirikan solat Maghrib  bersamaku 
ketika orang yang berpuasa berbuka puasa, kemudian Jibril mendirikan
solat Insyak ketika tenggelamnya syafaq (kemerahan di kaki langit), kemudian 
Jibril mendirikan solat Subuh bersamaku ketika orang yang akan berpuasa diharamkan 
makan dan minum. Pada keesokkan harinya pula Jibril mendirikan solat Zohor bersamaku ketika 
objek itu sama panjang nya dua kali ganda abjek asal. Kemudian Jibril mendirikan 
solat Maghrib bersamaku sewaktu orang yang berpuasa berbuka puasa. 
Kemudian Jibril mendirikan solat Isyak bersamaku ketika satu pertiga malam dan 
Jibril mendirikan solat Fajar bersamaku ketika matahari telah shafa (cerah),
kemudian Jibril berpaling kepadaku sambil berkata : 

'Wahai Muhammad ! Inilah waktu solat para nabi sebelummu dan waktu solat 
ialah di antara kedua-dua waktu ini'''.

             Berdasarkan pada hadis di atas, dapatlah disimpulkan bahawa waktu solat lima waktu, bentuk dan caranya yang diamalkan oleh Rasullah dan para sahabat sejak ibadat solat difardukan, bermula dari malam peristiwa Israk dan Mikraj derta diamalkan pula oleh umatnya adalah ditunjukkan oleh Allah melalui malaikat Jibril Alaihissalm. Dengan ini, bererti perbuatan solat yang terdiri daripada qiyam, rukuk, sujud, tahiyyat awal dan akhir, salam dan bacaan ayat-ayat al-Quran di dalamnya bukanlah rekaan Nabi Muhammad S.A.W. Sehubungan itu, Allah Subhanahu wa Taala telah berfirman dalam surah al-Najm yang  bermaksud :-

"Dan tiadalah yang diucapkannya itu (al-Quran) menurut kemahuan hawa nafsunya.
Ucapannya tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kpdnya"..


                                Tamat Part 1......


Monday 26 December 2011

Mati mengejut ??!!




ari nie posmen dtg umah aq..bkn dtg sje2,,
dia hntr stu bungkusan khas utk my along,,huh2(majalah solusi)
aq bukalaa bungkusan2 nthen belek2

aku terpikat ngan ade 1page nie.,,
MATI Mengejut!! izrail datang menjemput ,tanpa memo ,tanpa sbrg notis..
tue tajuk dia...

antara y nk aku share,,
tntg statistik kematian mengejut..


-Berikut adalah beberapa statistik yang menarik mengenai mati mengejut kerana serangan jantung:

1. menyebabkan kematian kira-kira 325,000 org setiap thn d Amerika Syarikat atau bersamaan 890 orang    setiap hari

2. Jumlah kematian ini lebih tinggi daripada mereka yang meninggal dunia kerana kanser paru2 ,
kanser payudara atau AIDS..

3. Kira2 40% meninggal sendirian tanpa kehadiran sesipapun bersama-sama mereka ketika serangan tersebut.

4. Mati mengejut juga boleh berlaku meskipun seseorg i2 berada di dlm hospital.
Kajian menunjukkan 10% kes mati mengejut berlaku di dlm hspital
manakala 90% lagi di luar hospital.

##kalau nk thu lebih lanjut,,belilah majalah SOLUSI isu.39 ..byk ilmu agama y ade dlm majalah2..
-ini pesan drpd sy,,jaga kesihatan korang yea..bru hidup slalu sihat n bahagia!!! INGAT!!





Sunday 25 December 2011

>> my family special picture 2011


tatadaa....!!
amacam cantik gmbr nie??
inilah gambar family sy thn nie..
dah mnjadi adat dlm keluarga sy nie untuk mengambil gmbr keluarga every year..
thn nie gmbr keluarga diambil di Kedai Kodak,, 
pada 22 Disember 2011..

smoga thn dpn kte ambik gmbr family hop lebih comey erkk..,,..